JAKARTA: Empat orang maut ketika memadamkan kebakaran di Pulau Jawa, Indonesia, yang menyebabkan asap toksik merebak ke seluruh Asia Tenggara.

Jerebu tebal turut memaksa sekolah ditutup dan meningkatkan kes gangguan pernafasan di rantau ini, menurut pihak berkuasa pada Jumaat.

Kesan kebakaran yang berlarutan selama beberapa bulan itu mendorong pemimpin Singapura berikrar mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana syarikat yang bertanggungjawab atas kebakaran berkenaan, yang menyebabkan kualiti udara di rantau ini antara paling buruk di dunia.

Singapura sekali lagi menduduki tempat teratas dalam penarafan langsung IQAir bagi bandar utama paling tercemar di dunia pada Jumaat, diikuti Kuala Lumpur di tempat kedua dan Jakarta di tempat keenam.