Jakarta, Indonesia: Empat individu maut ketika memadamkan kebakaran hutan di sebuah taman negara di Pulau Jawa, Indonesia, menurut Kementerian Perhutanan pada Jumaat.

Kenyataan kementerian itu memaklumkan, keempat-empat mangsa terperangkap dalam kebakaran ketika bertungkus-lumus memadamkan api di Taman Negara Bromo Tengger Semeru, Jawa Timur, pada Khamis.

Bagaimanapun, kementerian tidak memperincikan identiti mangsa.