JAKARTA: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, meluluskan penerimaan bantuan daripada negara jiran bagi membantu memadamkan kebakaran hutan dan tanah gambut di negara itu.

Portal ANTARA melaporkan, Menteri Luar, Arrmanatha Nasir berkata, Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) sedang memuktamadkan prosedur operasi dan teknikal bagi menerima bantuan berkenaan.

"Perkara itu sudah dibincangkan dan sedang diproses. Seperti yang kita ketahui, presiden sudah memberikan kelulusan," katanya selepas menghadiri mesyuarat di Kompleks Parlimen di Jakarta pada Khamis.

Beliau berkata, Prabowo memantau rapat perkembangan kebakaran itu kerana ia kini menjejaskan dengan teruk beberapa wilayah di Indonesia serta rantau Asia Tenggara secara keseluruhan.