Ini sebenarnya persoalan daripada kawan saya, katanya ada syubhah dari segi mualamat cara marketing kalau kita tunjuk bonus perniagaan dekat orang. Ini berkaitan dengan isytihar bonus atau komisen atau insentif daripada berniaga. Ada ke dalam hukum mualamat yang mengatakan haram atau syubhah tunjuk bonus kepada orang awam. Maksudnya, marketing untuk dia tarik orang masuk dalam rangkaiannya dengan menggunakan bonus. Adakah ini syubhah dalam muamalat?

JAWAPAN: Marketing atau pemasaran merupakan satu perkara yang tidak dapat dipisahkan daripada aktiviti perniagaan. Bahkan, sesebuah perniagaan amat bergantung pada aktiviti pemasaran untuk memastikan produk yang dijual diketahui oleh bakal pembeli serta menarik perhatian mereka untuk mendapatkan produk dijual tersebut.