KUALA LUMPUR – Seorang bekas menteri yang juga pemimpin politik ditangkap khalwat bersama wanita dipercayai pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Khamis.
Difahamkan pemimpin berusia 44 tahun itu ditahan pada jam 6 petang di Petaling Jaya, Selangor.
Kedua-dua individu terbabit kemudiannya dibawa ke Pejabat JAIS di Shah Alam untuk proses dokumentasi.
Sementara itu, Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad mengesahkan bahawa satu tangkapan berkaitan kesalahan khalwat membabitkan figura awam dilakukan di sekitar daerah Petaling pada jam 6 petang, se






