Riyadh: Arab Saudi melaksanakan hukuman mati terhadap seorang lelaki dan wanita warga Bangladesh selepas didapati bersalah melakukan perbuatan tidak bermoral di dalam sebuah masjid di Makkah, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi dalam kenyataan, mengenal pasti mereka sebagai Nazrul Islam Abdul Basir dan Siti Akhtar.

Menurut kementerian itu, tindakan penguatkuasaan bermula dengan penahanan mereka oleh pihak berkuasa keselamatan berikutan perbuatan yang didakwa mencemarkan kesucian masjid berkenaan.

Kedua-duanya kemudian menjalani proses siasatan sebelum kes dibawa ke mahkamah untuk tindakan undang-undang.