PETALING JAYA – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Pembantu Penguasa Sempadan KS1, Norhazwani Ibrahim yang meninggal dunia malam tadi.
Allahyarham bertugas di AKPS Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menerusi hantaran di Facebook, AKPS memaklumkan pemergian Allahyarhamah amat dirasai oleh rakan sekerja dan seluruh warga agensi berkenaan.
“Semoga segala jasa, pengorbanan dan kebaikan Allahyarham sepanjang perkhidmatan menjadi amal jariah yang berpanjangan,” menurut kenyataan itu.








