zanariah_mutalib@bh.com.my
Kuala Lumpur: Dewan Rakyat merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atas pemergian isterinya, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pada 28 September lalu.
Ucapan takziah itu dimaklumkan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ramli Mohd Nor pada pembukaan Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Kelima Parlimen ke-15, hari ini.
"Saya bagi pihak Parlimen Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri dan Ketua Majlis serta keluarga atas pemergian isteri tercinta, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali," katanya.
Dr Siti Hasmah meninggal dunia pada 28 September lalu di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, pada usia 100 tahun.









/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/01/a3361cd8ca7d5557268d347d4e94b594.jpg)