TAPAH – Kesungguhan golongan muda memulihkan bekas kolam perlombongan biji timah yang kini diusahakan untuk menternak ikan secara komersial mampu menjana pendapatan lumayan sekali gus meningkatkan taraf kehidupan mereka.
Menurut Zaihazrad Khairudin, 36, kesungguhan menguruskan kolam terbiar itu sejak lebih setahun lalu membuahkan hasil lumayan kerana sekali tuaian mampu menjana pendapatan kasar sehingga RM130,000.
“Ikan seperti tilipia, patin, rohu dan tongsan mendapat permintaan tinggi pasar borong di seluruh negara selain restoran-restoran ikan bakar tidak mengira kaum Cina dan Melayu.
“Selain itu, penduduk kampung mendapat sumber protein makanan se









