KANGAR – Pendakwah bebas dikenali sebagai Ustaz Husam diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima gelaran dan kehormatan tidak diiktiraf pada 2023.
Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ahmad Husam Muhamad Baderudin, 36, di akhir kes pendakwaan.
Mahkamah kemudian menetapkan 17 dan 18 Disember depan bagi prosiding pembelaan tertuduh.
Pada 26 September 2024, Ahmad Husam mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan hakim sama.










