Sungai Petani: Aksi pembukaan Zon Utara Liga Takraw Nasional Mekdi 2026 menyaksikan beberapa regu mempamerkan aksi bertenaga, dengan Highlander A antara yang mencuri tumpuan selepas melakar kemenangan bergaya tanpa memberi ruang kepada lawan untuk bangkit.

Berlangsung di Arena of Sport, di sini, saingan awal yang membabitkan 12 perlawanan daripada kumpulan berbeza itu turut menyajikan pertarungan sengit, termasuk perlawanan yang terpaksa ditentukan menerusi set ketiga.

Highlander A membuka kempen Kumpulan B dengan penuh bergaya apabila menundukkan SMK Dato Ahmad 15-5, 15-5, manakala Young Turtles B turut mempamerkan penguasaan apabila menewaskan SMK Teknik Alor Setar A 15-3, 15-6 dalam Kumpulan E.