Ogos lalu, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 30 hari terhadap Wan Azri Wan Deris kerana menghina mahkamah susulan kegagalannya membuat permohonan maaf dengan sewajarnya kepada bekas ketua polis negara, Razarudin Husain. (Gambar Bernama)PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan berhubung rayuan blogger Wan Azri Wan Deris terhadap sabitan dan hukuman penjara 30 hari kerana menghina mahkamah susulan kegagalannya memohon maaf dengan sewajarnya kepada bekas ketua polis negara, Razarudin Husain.

Hakim Azizul Azmi Adnan yang mengetuai panel tiga hakim bersama Ong Chee Kwan dan Radzi Harun berkata, pengurusan kes akan diadakan pada 29 Okt untuk menetapkan tarikh keputusan.

Terdahulu, peguam Wan Azri, Rafique Rashid Ali, berhujah anak guamnya telah mematuhi perintah mahkamah apabila membaca permohonan maaf tanpa syarat yang dipersetujui di mahkamah terbuka pada 30 April tahun lalu.