KUALA LUMPUR: BERSATU mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Nurul Syazwani Noh, kerana menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada 11 September lalu.
Dalam surat itu, Lembaga Disiplin BERSATU berkata Syazwani melanggar kod etika dan tata kelakuan bagi ahli, selain gagal memelihara nama baik dan maruah parti.
Memetik laporan FMT, Nurul Syazwani, anak kepada bekas pemimpin UMNO, Tan Sri Noh Omar, dalam pada itu menafikan melakukan pelanggaran berkenaan dan berkata, beliau sudah menjawab surat tunjuk sebab itu.
"Saya menghadiri PAU atas kapasiti peribadi, bukan sebagai ADUN BERSATU atau anggota delegasi atau wakil Perikatan Nasional.








