KOTA KINABALU: Dana dikumpul bagi prosiding inkues Allahyarham Zara Qairina Mahathir sudah diaudit pada April tahun lalu, kata peguam Shahlan Jufri.

Shahlan yang mewakili ibu Zara, Noraidah Lamat, berkata isu berhubung dana itu masih dipersoalkan.

Beliau berkata, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli mengumumkan tahun lalu bahawa jumlah kutipan dana lebih sedikit daripada RM200,000, dan bukannya jutaan ringgit.

"Dana itu sudah diaudit, klien saya dan pasukan perundangan turut melantik juruaudit bebas untuk mengauditnya bagi memastikan wang tidak digunakan untuk tujuan lain selain prosiding inkues.