PUTRAJAYA: Tiada syarikat perladangan Malaysia dikenal pasti terbabit aktiviti pembakaran yang mencetuskan masalah jerebu di Indonesia, kata jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Katanya, ia berdasarkan hasil semakan silang dengan syarikat tempatan yang mempunyai konsesi sawit di negara itu.

Beliau berkata, hasil semakan juga mendapati kebanyakan aktiviti pembakaran berlaku di luar kawasan konsesi sawit milik syarikat Malaysia.

"Hari ini, Jemaah Menteri membincangkan beberapa perkara berkait isu jerebu yang melanda dan terus memberi kesan kepada rakyat Malaysia.