PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempengerusikan mesyuarat khas berkaitan jerebu pada Isnin ini.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat itu akan turut meneliti maklumat lanjut daripada beberapa kementerian berkaitan, termasuk Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, perkembangan lanjut mengenai langkah menangani jerebu akan dimaklumkan susulan mesyuarat berkenaan.
“Beberapa maklumat lanjut akan disusuli daripada mesyuarat pada hari Isnin nanti, termasuk daripada pihak KKM, KPM dan KBS,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.








