PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) sedang menyediakan garis panduan gaji pokok permulaan RM2,500 sebulan bagi graduan dan pekerja separa mahir untuk memastikan pelaksanaan kerangka gaji baharu itu mempunyai asas yang jelas kepada majikan serta pekerja.
Menterinya, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, garis panduan berdasarkan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) itu akan menyediakan rujukan gaji pokok permulaan yang lebih komprehensif mengikut jenis pekerjaan dan tahap kelayakan.
“Pembaharuan paling signifikan yang diumumkan dalam Belanjawan Madani 2027, iaitu kerangka gaji pokok permulaan RM2,500 bagi graduan dan pekerjaan separa mahir, termasuk pendekatan dan mekanisme pelaksanaannya oleh Kesuma untuk memastikan upah lebih setimpal dengan kelayakan dan kemahiran pekerja.








