PUTRAJAYA – Kerajaan sedang menyediakan garis panduan gaji pokok permulaan berdasarkan kelayakan, kemahiran dan jenis pekerjaan bagi memastikan struktur pendapatan pekerja lebih jelas serta setimpal dengan nilai pekerjaan.Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, garis panduan itu akan berasaskan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) bagi menyediakan rujukan lebih komprehensif kepada majikan dan pekerja.Menurutnya, bagi pekerjaan graduan, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mencadangkan penanda aras gaji bagi kategori MASCO 1 hingga 3 dilaksanakan terlebih dahulu dalam bentuk garis panduan."Bagi pekerjaan graduan, KESUMA mencadangkan penanda aras gaji bagi MASCO 1 hingga MASCO 3 yang melibatkan graduan lepasan ijazah, diploma, Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia Tahap 5, Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 akan dilaksanakan terlebih dahulu dalam bentuk garis panduan," katanya dalam sidang akhbar Perintah Gaji Minimum 2026, di sini pada Jumaat.Ramanan berkata, bagi pekerjaan separa mahir pula, KESUMA akan menyelaraskan pendekatan itu dengan Garis Panduan Gaji Pokok Permulaan Berasaskan Kemahiran.Menurutnya, pendekatan itu turut melibatkan kumpulan pemegang Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 dan 2 bagi memastikan kerangka gaji permulaan mengambil kira tahap kemahiran pekerja.Beliau berkata, usaha berkenaan membolehkan kerangka gaji pokok permulaan diperluas secara lebih menyeluruh meliputi kategori MASCO 1 hingga 8.Dalam pada itu, KESUMA sedang menyediakan garis panduan berkenaan bagi memastikan pelaksanaannya mempunyai asas yang jelas untuk dijadikan rujukan oleh majikan serta pekerja.Ramanan berkata, kadar gaji pokok permulaan yang diterbitkan juga akan sentiasa mengambil kira keadaan pasaran buruh semasa.Menurutnya, kadar berkenaan akan dikemas kini menggunakan data terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi memastikan penetapan gaji mengambil kira perkembangan pasaran pekerjaan."Maklumat berkenaan akan dimuat naik dalam portal e-MASCO serta diterbitkan bersama Perintah Gaji Minimum Baharu pada bulan Jun 2027," jelas beliau.Ramanan berkata, pendekatan awal kerajaan adalah melaksanakan gaji graduan melalui garis panduan sebelum mengambil tindakan sewajarnya untuk meminda Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.Katanya, pindaan itu bertujuan memasukkan elemen kelayakan tahap pendidikan bagi membolehkan pembayaran gaji minimum graduan diwajibkan pada masa hadapan."Ini kerana akta berkenaan ketika ini tidak mempunyai peruntukan khusus bagi penetapan gaji minimum berdasarkan tahap pendidikan."Kami akan akan bawa secepat mungkin. Banyak yang kita nak lakukan, kita nak lakukan serta-merta."Sudah tentu kalau kita lihat memang pasti akan dilaksanakan sebelum Jun 2027 sebab itu wajib digunakan."Jadi akta itu mesti disediakan dan sudah tentu kementerian, kita akan laksanakan secepat mungkin," jelas beliau.Ujar Ramanan, usaha membangunkan struktur gaji yang lebih jelas berdasarkan pekerjaan,