​KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya lima sekolah di Nilai, Negeri Sembilan dikatakan menerima bungkusan misteri, hari ini.

​Berdasarkan perkongsian beberapa pengguna di Threads, turut disertakan foto memaparkan kehadiran anggota dan pegawai polis termasuk kenderaan Unit Anjing pengesan (K9) dan Unit Pemusnah Bom (UPB) di lokasi.

​Kehadiran aset PDRM terbabit menimbulkan tanda tanya orang ramai, namun setakat ini masih tiada maklumat rasmi daripada pihak berkuasa.

Berita Harian sedang berusaha mendapatkan maklum balas daripada pihak polis mengenainya.