KUCHING: Keluarga mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Ulu Baram, mengharapkan laporan penuh siasatan kemalangan itu dapat didedahkan secara telus.

Isteri juruterbang helikopter FDS terbabit, Nor Izzati Syamimi Suhaimi berkata, nahas berkenaan memberi kesan besar kepada anggota semua keluarga mangsa yang masih menantikan penjelasan sebenar mengenai punca kejadian.

"Saya tak tahu nak komen apa, tetapi saya harap laporan akan dikeluarkan dengan lebih telus tanpa diselindung atau dipolitikkan.

"Nahas ini sangat memberi kesan yang besar untuk kami semua," katanya ketika dihubungi, hari ini.