BANGKOK: Malaysia sedang memperkukuh persekitaran perniagaan, kepastian dasar dan daya tahan ekonomi bagi menarik pelaburan jangka panjang, dengan jumlah pelaburan langsung asing dan domestik mencatat paras tertinggi, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Menurutnya, kerajaan juga mengukuhkan asas ekonomi negara menerusi peraturan yang jelas, dasar mesra perniagaan dan pembaharuan bagi memberikan lebih banyak kepastian kepada pelabur ketika menjalankan operasi di Malaysia.
"Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi lima peratus selama dua tahun berturut-turut dan pada masa sama mengekalkan inflasi yang stabil walaupun ketidaktentuan geopolitik yang semakin meningkat.









