Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat delegasi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) yang diketuai Pengerusi Lembaga Pengarahnya merangkap Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, pertemuan itu antara lain membincangkan Pelan Tindakan Institut Pemikiran al-Qaradawi (IPQ) bagi tempoh 2027 hingga 2030.
Katanya, pelan itu akan memberi tumpuan kepada penyelidikan, penerbitan, pembangunan bakat dan pengukuhan jaringan keilmuan.
Katanya, cadangan penganjuran Seminar Antarabangsa Pemikiran al-Qaradawi pada tahun depan turut disentuh dalam pertemuan berkenaan.









