HULU TERENGGANU: Mayat bayi ditemukan dalam keadaan tidak sempurna tanpa kepala dan satu tangan dalam longkang di kawasan Perumahan Padang Setengge, di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata, penemuan dimaklumkan seorang lelaki jam 6.52 petang, yang menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis (IPD) Hulu Terengganu.
Menurutnya, mayat bayi berkenaan ditemukan seorang wanita ketika sedang membasuh pakaian di belakang rumahnya, sebelum memaklumkannya kepada wakil penduduk.
"Mayat belum dapat dikenal pasti jantina dan kewarganegaraannya," katanya melalui kenyataan hari ini.








