KOTA KINABALU: Taktik membawa diesel dua kali ganda daripada jumlah dinyatakan dalam dokumen penghantaran membongkar kegiatan disyaki penyelewengan bahan api bersubsidi di Sepanggar.
Kegiatan terbongkar selepas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah menahan sebuah lori tangki membawa kira-kira 20,000 liter diesel, sedangkan dokumen penghantaran hanya mencatatkan 10,000 liter.
Susulan itu, polis menyerbu sebuah premis di kawasan sama sebelum menahan lapan lelaki berusia antara 30 hingga 52 tahun serta merampas pelbagai barangan bernilai lebih RM1.2 juta.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Amri Abd Rahman berkata, operasi dijalankan Unit Risikan Marin selepas menerima maklumat risikan berhubung kegiatan berkenaan.









