Kuala Berang: Mayat bayi tanpa kepala dan satu tangan ditemukan di dalam longkang di kawasan perumahan di Kampung Padang Setengge, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan itu pada 6.52 petang.

Beliau berkata, susulan laporan berkenaan, polis menghubungi Unit Forensik D10 dan unit K9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu untuk membantu siasatan serta mengumpul bukti di lokasi kejadian.

"Mayat bayi itu ditemukan oleh seorang wanita ketika membasuh pakaian di belakang rumahnya. Ketika ditemukan, mayat berkenaan berada dalam keadaan tanpa kepala dan satu tangan.