Kuala Lumpur: Pelakon Aila Azizul Hisham, 31, mengakui ditawarkan watak dalam filem Pemuja Syaitan selepas berjaya menyakinkan pengarahnya, Liyana Jasmay dengan kemampuan dirinya menerusi sesi uji bakat.

Aila berkata, terdahulu Liyana hadir ke tayangan premier filem Malam Terlarang lakonannya sebelum dia diminta untuk menjalani sesi uji bakat berkenaan.

"Syukur saya berjaya meyakinkan dia dan akhirnya terpilih memegang watak Khatijah. Ia adalah filem seram kedua saya selepas Malam Terlarang.

"Saya memang sukakan genre seram, tapi sejujurnya memang saya penat sikit buat genre hantu sebab dia banyak guna emosi mendalam.