KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat memperkukuh cita-cita Malaysia untuk membina ekonomi yang lebih produktif dan berdaya tahan sambil memastikan kemajuan tersebut memberikan manfaat yang bermakna kepada perniagaan dan isi rumah.
Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Bank (HLB), Kevin Lam berkata, penekanan Kerajaan sangat dialu-alukan dalam memperkukuh perusahaan tempatan, mempercepatkan penggunaan AI, memajukan peralihan tenaga dan menyokong pembangunan perusahaan Halal, di samping langkah-langkah untuk mengurangkan kos sara hidup dan mengekalkan disiplin fiskal.
Katanya, unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Kerajaan sebanyak 4.2 peratus hingga 5.2 peratus untuk tahun 2027 secara amnya sejajar dengan sasaran Rancangan Malaysia ke-13 iaitu 4.5 peratus hingga 5.5 peratus dan merangkumi ramalan HLB sebanyak 5.0 peratus.










