KOTA KINABALU: Seorang lelaki parah selepas bom ikan dipercayai sedang dihasilkannya meletup di dapur sebuah rumah di Kampung Keliangau, Menggatal, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 2.15 petang itu, mangsa, 37, parah pada kedua-dua tangan dan perut.
Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan (KK) Menggatal sebelum dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) dan kini dilaporkan kritikal serta tidak sedarkan diri.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Shahrudin Mat Husain berkata kejadian berlaku di bahagian dapur rumah berkenaan di Jalan Reflesia, Kampung Keliangau.









