GEORGE TOWN – Umat Islam dinasihatkan supaya mengelakkan penglibatan dalam aktiviti membersihkan rumah ibadat agama lain sekiranya ia membabitkan tempat atau peralatan khusus untuk ritual keagamaan yang bercanggah dengan akidah Islam.

Mufti Pulau Pinang, Madya Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman berkata, Islam tidak pernah melarang umatnya berbuat baik dan menjalinkan hubungan harmoni dengan masyarakat berlainan agama, namun setiap tindakan perlu berpandukan batas syariat.

Menurutnya, terdapat perbezaan antara kerja-kerja yang mempunyai kaitan langsung dengan pelaksanaan ritual agama lain dengan aktiviti kebersihan umum yang tidak melibatkan amalan keagamaan.

“Kerja-kerja yang mempunyai hubungan langsung dengan penyediaan, pemeliharaan atau pengendalian tempat dan peralatan khusus bagi pelaksanaan ritual agama lain, seperti membersihkan p