AMPANG JAYA – Seorang lelaki warga Indonesia ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tergantung di bahagian dapur sebuah rumah di Kampung Melayu Ampang di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira pukul 7.11 malam.

“Pusat Kawalan Daerah Ampang Jaya menerima maklumat berkaitan satu kejadian kematian melibatkan seorang lelaki warga Indonesia di sebuah rumah di Lorong Pinang 2, Kampung Melayu Ampang.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa yang berusia lingkungan 30-an ditemukan dalam keadaan tergantung di bahagian dapur rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.