am@hmetro.com.my
Gua Musang: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu ditemukan maut dipercayai terbabit kemalangan selepas pikap jenis Toyota Hilux dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 100 meter di Jalan Ladang Pos Pulat, di sini, di semalam.
Mangsa Saipul Anwar Daud, 60, yang bekerja sebagai seorang juruukur bebas ditemukan selepas rakan sekerjanya yang mencarinya selepas dua hari tidak dapat dihubungi oleh keluarganya.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, kemalangan dipercayai berlaku pada Ahad lalu sebelum mangsa dan kenderaannya ditemukan semalam.
Katanya, pihaknya menerima aduan daripada orang awam kira-kira jam 4.30 petang semalam berhubung penemuan pikap di bawah cerun.









