GUA MUSANG: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu ditemukan maut dalam pikap Toyota Hilux yang dipercayai terbabas ke gaung sedalam 100 meter di Jalan Ladang Pos Pulat, di sini, di semalam.
Mangsa Saipul Anwar Daud, 60, yang bekerja sebagai seorang juruukur bebas ditemukan selepas rakan sekerja mencarinya susulan dua hari tidak dapat dihubungi keluarganya.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo, berkata kemalangan dipercayai berlaku pada Ahad lalu sebelum mangsa dan kenderaannya ditemukan semalam.
Polis terima aduan orang awam jam 4.30 petang semalam berhubung penemuan pikap dalam gaung.
"Berdasarkan maklumat daripada isteri mangsa, lokasi terakhir 'live location' mangsa dikesan pada petang 4 Oktober di sekitar kawasan kejadian.










