Kota Kinabalu: Seorang lelaki parah selepas bom ikan yang dipercayai sedang dihasilkannya meletup di dapur sebuah rumah di Kampung Keliangau, Menggatal, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 2.15 petang itu, mangsa berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah pada kedua-dua tangan dan perut.

Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan (KK) Menggatal sebelum dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) dan kini dilaporkan kritikal serta tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Shahrudin Mat Husain berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai menghasilkan bahan letupan buatan sendiri untuk menangkap ikan.