PEKAN – Dua remaja lelaki berusia 16 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Pekan di sini atas pertuduhan merogol seorang remaja orang kurang upaya (OKU) perempuan berusia 14 tahun pada 6 Oktober lalu.

Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Melody Woon Sze Mun.

Mengikut kertas pertuduhan kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 9 malam hingga pukul 10 malam di sebuah pondok kolam ikan dekat Kampung Siong, Kuala Pahang di sini.

Tertuduh didakwa telah melakukan rogol terhadap mangsa yang berumur 14 tahun di pondok berkenaan.