KUALA LUMPUR: Kawasan Pasir Gudang, Johor terus merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan 207 setakat jam 2 petang tadi.
Berdasarkan data terkini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kualiti udara di Larkin juga tidak banyak berubah dengan bacaan 199 menghampiri tahap sangat tidak sihat. a
Selain Larkin, 29 kawasan lain turut mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Johan Setia (186), Nilai (184), Pengerang (181), Bandaraya Melaka (180), Klang (179), Bukit Rambai (177), Seremban (176), Petaling Jaya (174), Putrajaya (172), Kota Tinggi (172) serta Port Dickson, Alor Gajah dan Batu Pahat masing-masing 171.
Shah Alam dan Kluang masing-masing mencatatkan dengan bacaan 170, manakala Batu Muda (167), Cheras dan Banting (166), Seri Manjung (164), Tangkak ( 161), Tanjung Malim (160), Segamat (159), Kuala Selangor, Temerloh dan Tawau masing-masing 153, Pegoh Ipoh (132), Tasek Ipoh (130), Rompin (124) dan Sandakan, 101.









