NEW YORK: Rebeca Grynspan, calon pilihan untuk menjadi ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyelar agensi dunia itu kerana terlalu berjaga-jaga dan selalu memilih 'jalan selamat'.

Tegur beliau, pendirian sedemikian menyebabkan badan dunia itu perlu sentiasa bersedia menanggung akibat kegagalan diplomatik sebelum mencuba semula.

Beliau berkata demikian kepada Reuters, semalam menjelang satu lagi undian Majlis Keselamatan PBB (UNSC) hari ini bagi menilai sokongan terhadap calon Setiausaha Agung baharu.

Calon terpilih akan menggantikan Antonio Guterres, yang penggal keduanya selama lima tahun bakal berakhir pada 31 Disember ini.