KOTA KINABALU: Pasukan peguam hanya akan mengambil tindakan susulan terhadap pihak bertanggungjawab, jika ia diputuskan ibu Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Peguam Shahlan Jufri, yang mewakili Noraidah Lamat, berkata buat masa ini pasukannya memberi keutamaan untuk memfailkan hujah bertulis bagi inkues kematian Zara yang tamat hari ini.

Katanya, selepas itu, pihaknya akan berbincang dengan klien dengan memberikan pandangan.

"Bagaimanapun, keputusan akhir untuk mengambil tindakan sivil terhadap mana-mana pihak bertanggungjawab terletak di tangan klien," katanya kepada media selepas prosiding inkues di Mahkamah Koroner hari ini.