JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun ditemukan maut di kawasan Permas Jaya, di sini petang semalam selepas dipukul dengan benda tumpul di bahagian lengan, kepala serta muka, beberapa kali.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintenden Ng Swie Chait berkata, mangsa yang merupakan warga tempatan itu ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di seluruh badannya.
Menurut beliau, pihaknya menerima laporan awam berhubung perkara itu pada pukul 4.54 petang, semalam.
“Susulan itu, seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun dipercayai kurang siuman telah ditahan di hadapan sebuah kedai makan di Bandar Baru Permas Jaya, di sini pada pukul 6 petang, hari sama. Turut dirampas sebatang tongkat besi dan sebuah potret gambar.








