JOHOR BAHRU: Polis membongkar makmal memproses dadah dan merampas pelbagai jenis dadah sintetik berjumlah RM18.19 juta dalam serbuan di Masai dan Permas Jaya di sini, 1 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua lelaki dan seorang wanita tempatan berusia antara 17 hingga 22 tahun ditahan dalam serbuan berkenaan.

Beliau berkata, sindiket menjadikan rumah kedai sebagai stor penyimpanan prekursor dan peralatan memproses dadah, manakala rumah teres dijadikan lokasi memproses dadah.

"Berdasarkan jumlah dan jenis peralatan ditemui, kita percaya makmal haram ini masih dalam peringkat persediaan sebelum beroperasi sepenuhnya.