KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) disaran agar bersiap sedia menguruskan perbelanjaan skuad kebangsaan yang lebih tinggi berikutan usaha mendapatkan perkhidmatan jurulatih berkaliber antarabangsa, Hajime Moriyasu.
Selain bayaran asas pengendali dari Jepun itu yang dianggarkan sekitar USD60,000 (kira-kira RM244,000) sebulan, komitmen kewangan berkenaan dijangka melonjak lebih RM10 juta setahun apabila mengambil kira keseluruhan barisan kejurulatihan teknikal yang dibawanya.
Pemerhati sukan tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli menilai skala pelaburan sedemikian sebagai munasabah memandangkan profil cemerlang Moriyasu yang pernah membimbing Jepun menumbangkan gergasi bola sepak dunia seperti Jerman dan Sepanyol pada saingan Piala Dunia.






