KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mempercepat kitaran reka bentuk semikonduktor dengan memanfaatkan harta intelek (IP) Arm Ltd berlandaskan asas pembuatan semikonduktor yang dibangunkan selama 50 tahun.

Langkah ini bagi memendekkan tempoh pembangunan dan memperluas keupayaan membangunkan IP tempatan.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata Malaysia memanfaatkan kekuatan sedia ada dalam bidang pembuatan peringkat pemprosesan akhir selain menjalin kerjasama dengan rakan antarabangsa dalam bidang seni bina cip.

"Kita perlu menerima hakikat bahawa Malaysia sememangnya mempunyai kekuatan tersendiri khususnya dari segi bakat dan kepakaran sejak beberapa dekad lalu. Kita membuktikan kepakaran dalam bidang pengujian, peralatan dan pembungkusan.