PETALING JAYA: BYD Malaysia melantik Inokom Corporation Sdn. Bhd. (Inokom), anak syarikat Sime Motors yang berpangkalan di Kulim, Kedah, sebagai rakan pemasangan tempatan bagi kenderaannya di negara ini.

Langkah berkenaan merupakan fasa penting dalam perancangan syarikat untuk memulakan pemasangan kenderaan menggunakan komponen dibekalkan secara berasingan (CKD) di Malaysia.

Pengarah Urusan BYD Malaysia, Jacob Ma berkata, keputusan memilih Inokom dibuat selepas penilaian menyeluruh terhadap pasaran tempatan serta keupayaan pengeluaran sedia ada.