Kuala Lumpur: Seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila mendakwa rakannya yang juga orang kurang upaya (OKU) berdepan layanan diskriminasi daripada pemandu perkhidmatan e-hailing yang didakwa enggan mengambilnya sebagai penumpang.
Dalam perkongsiannya di Threads, individu berkenaan turut berkongsi video memaparkan pemandu e-hailing dilihat meneruskan pemanduan ketika seorang wanita berkerusi roda berada berhampiran kenderaannya.
Situasi itu juga membahayakan keselamatan individu berkenaan.
Menerusi perkongsian itu, individu berkenaan meluahkan rasa kesal terhadap tindakan tidak wajar pemandu itu yang didakwa enggan mengambil rakannya sebagai penumpang hanya kerana rakannya berstatus OKU.









