Kuala Lumpur: Selepas mengharungi saingan Piala FA dan berehat panjang susulan jendela antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), saingan Liga Super kembali membara dengan pemburuan tiga mata berharga bagi setiap pasukan.
Aksi hujung minggu ini membuka tirai selepas satu perlawanan berlangsung membabitkan pertembungan antara Kelantan Red Warrior FC (KRW) dan Star City FC di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam ini.
Bahang saingan kini diteruskan malam esok dengan tiga lagi pertembungan sengit, antaranya membabitkan pertarungan Selangor FC (SFC) menentang Penang FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Kem Gergasi Merah ketika ini berada pada momentum dan tahap terbaik hasil empat kemenangan berturut-turut dalam saingan liga.






