JOHOR BAHRU: Dua pekerja kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) cedera terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja penyelenggaraan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Kangkar Tebrau yang terbakar, petang tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Fadzil Yahya berkata pihaknya memberi rawatan awal kepada dua pekerja terbabit.
"Kedua-dua mereka kemudian dihantar ke hospital menggunakan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan lanjut," katanya melalui kenyataan malam ini.
Terdahulu lebih 10 kawasan perumahan sekitar bandar raya ini mengalami gangguan elektrik selama sejam berpunca kebakaran di PMU terbabit.








