JOHOR BAHRU – Dua lelaki cedera selepas terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di sebuah pencawang elektrik di Jalan Kangkar Tebrau, Kawasan Perindustrian Tebrau 4 di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.10 petang itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan sebelum diberikan rawatan awal oleh anggota bomba yang tiba di lokasi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.10 petang.

Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau bersama sebuah jentera Fire Rescue Tende