KUALA LUMPUR: Genting Property Sdn Bhd, bahagian hartanah Genting Plantations Bhd melakar satu perkembangan penting dalam pembangunan Bandar Pintar Teknologi Johor (JTSC) menerusi kerjasama strategik dengan Huawei.
Kerjasama antara Genting Property dan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd ini dimeterai menerusi Perjanjian Perancangan Induk sempena acara Huawei bertemakan 'Infrastruktur Berpacukan Awan – Ekosistem Digital Baharu' di Pusat Seni Antarabangsa Shenzhen Longgang, bagi merealisasikan visi pembangunan JTSC daripada peringkat konsep kepada pelaksanaan sebenar.
Di bawah Perjanjian Perancangan Induk, Genting Property akan mendapatkan khidmat Huawei untuk menyokong perancangan induk JTSC, termasuk Kampus Pintar utama seluas 430 ekar dalam Kampus AI Pengetahuan.






