Johor Bahru: Dua pekerja kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) cedera selepas terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja penyelenggaraan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Kangkar Tebrau yang terbakar, petang tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Fadzil Yahya berkata, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) memberi rawatan awal kepada kedua-dua pekerja terbabit.
"Kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke hospital menggunakan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata, seramai lapan anggota terbabit dalam operasi yang tamat pada jam 6.45 petang.






