PETALING JAYA – Pelan Tindakan Institut Pemikiran al-Qaradawi (IPQ) 2027–2030 menjadi antara usaha memperkukuh penyelidikan dan wacana pemikiran Islam di negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelan berkenaan memberi tumpuan kepada penyelidikan, penerbitan, pembangunan bakat serta pengukuhan jaringan keilmuan.
“Kerajaan menyokong usaha memperkukuh tradisi keilmuan, penyelidikan dan wacana pemikiran Islam yang mampu menyumbang kepada pembangunan tadbir urus negara serta kesejahteraan ummah,” katanya.
Terdahulu, Anwar menerima kunjungan hormat delegasi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) yang diketuai









