PETALING JAYA – Seramai 793 pelajar daripada golongan kurang berkemampuan di enam institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) di Terengganu menerima Bantuan Lestari Siswa Madani berjumlah RM396,500.
Bantuan menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu diberikan secara sekali bayar sebanyak RM500 kepada setiap pelajar dan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing.
Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, inisiatif itu bertujuan meringankan beban kewangan serta menyediakan sokongan sara hidup kepada pelajar yang memerlukan.
“Dalam usaha meningkatkan akses pendidikan tinggi kepada masyarakat tanpa mengira kaum, latar









